Saturday 14 January 2012

EXCO BARU GANTI HASSAN ALI, DIUMUM RABU....

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dibuat atas nasihatnya kepada baginda ketika menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini pada Jumaat.
“Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi anggota PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi anggota Exco dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
“Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Datuk Dr Hasan sebagai ahli Exco,” katanya pada sidang media.
SETERUSNYA.... DI SINI

No comments: