Saturday 14 January 2012

KONVENSYEN PR HAMBAR.... KENAPA???!!


Kalau tengok dari gambar di atas, dari 4 blok kerusi yg di susun, hanya satu blok aja yg penuh....


Konvensyen Pakatan Rakyat Bermula Hambar 


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK 

ALOR SETAR: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutanhambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong. 

Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan. 

Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang. 

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini. 

Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat. 

Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; NaibPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

LIHAT.... DI SINI

SETERUSNYA..... DI SINI  JUGA

No comments: