Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Friday, 13 July 2012

SPRM DIMINTA SIASAT PEMBELIAN TANAH LOMBONG BABITKAN RM87.7 JUTA


SHAH ALAM  -  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat urus niaga pembelian tanah bekas lombong di Danau Putra, Sepang yang membabitkan transaksi berjumlah RM87.7 juta di antara kerajaan Selangor dan Talam Corporation Bhd. (Talam), pada 2010.

Permintaan itu dinyatakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor dalam satu laporan yang dibuat di pejabat SPRM negeri ini di sini.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, siasatan perlu dibuat bagi memastikan tidak terdapat unsur salah guna kuasa dan rasuah di dalam urusniaga tersebut.

"Siasatan harus dilakukan supaya kebenaran di sebalik urus niaga tersebut diketahui rakyat," katanya kepada pemberita di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menempatkan pejabat SPRM negeri di sini.

Saturday, 7 July 2012

BUKTI SPRM TIDAK LINDUNGI SESIAPA....


KUALA LUMPUR - Hukuman penjara 13 tahun dan denda lebih RM2 juta yang dijatuhkan ke atas seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam membuktikan badan itu tidak melindungi sesiapa sahaja yang terpalit dengan rasuah. Berita penuh < di sini >






Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, kes itu yang disiasat pegawai SPRM dan pendakwaan oleh Bahagian Pendakwaan SPRM, turut membuktikan SPRM tidak "memilih bulu" dalam membanteras gejala yang mampu meranapkan negara itu.


"Saya mahu semua orang jelas bahawa kami tidak bertoleransi dengan rasuah.


Pegawai (SPRM) baik macam mana pun, jika terlibat dengan perkara yang menjejaskan integriti terutama rasuah, kami akan ambil tindakan.


"SPRM anggap kes ini amat serius. Saya harap ia dapat memberi kesan literal dan juga "signal" kepada semua pegawai kerajaan termasuk SPRM supaya tidak terlibat dengan rasuah," katanya kepada pemberita hari ini.

Monday, 25 June 2012

FITNAH DALAM HARAKAH : SPR BUAT LAPORAN POLIS


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap badan bebas itu yang disiarkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah (Bil.1750. 21-24 Rejab 1433/11-14 Jun 2012).
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ia juga bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akhbar itu menyiarkan laporan mengenai pengakuan Zulkifli Ismail yang mendakwa satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi dan mendakwa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.
Laporan itu turut memuatkan kononnya pada pilihan raya umum 2008, tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain.
Zulkifli turut menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi.
Selain itu SPR juga didakwa menggunakan nama pengundi yang telah dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi.
Zulkifli juga mendakwa daripada sumber maklumat yang diperolehnya, kad pengenalan (MyKad) palsu telah dibuat di sebuah kilang di Klang, Selangor dan cip dalam pengenalan itu adalah dari China. – BERNAMA

Wednesday, 23 May 2012

SPRM MINTA MAKLUMAT KES PEMBOCORAN AKAUN PERBANKAN


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan rasuah membabitkan kes pembocoran maklumat akaun perbankan supaya menyalurkannya kepada suruhanjaya itu.
SPRM turut meminta Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (KESAN), Omar Idris, yang mahu suruhanjaya itu tegas dalam isu berkenaan, tampil bagi membantu siasatan SPRM.
“Untuk makluman, semua maklumat berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan disiasat suruhanjaya ini tanpa mengira siapa atau pihak mana yang memberi maklumat.
SPRM akan menyiasat setiap aduan berunsur rasuah yang diterima dengan bebas, telus dan professional.
“Ini seperti mana termaktub dalam Seksyen 7 (a) Akta SPRM 2009 iaitu ‘menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan di bawah akta ini dan menyiasat mana-mana aduan sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya’,” kata SPRM dalam kenyataan hari ini.
Dalam sidang medianya semalam, Omar meminta SPRM menyiasat dengan teliti kes-kes pembocoran maklumat akaun perbankan yang dilaporkan berlaku kebelakangan ini.
Omar berkata, pembocoran maklumat perbankan tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan integriti perbankan negara dan melanggar hak peribadi pemilik akaun berkenaan.
- BERNAMA