Showing posts with label HARAKAH. Show all posts
Showing posts with label HARAKAH. Show all posts

Wednesday, 3 October 2012

HARAMKAH DAILY KALAU TIDAK MENIPU TIDAK SAH!!!

 
Klik imej di atas untuk gambaran lebih jelas. 

Harakahdaily meneruskan tradisi penipuan mereka walaupun sudah berkali-kali
terkantoi. 

Kali ini mengenai jumlah kehadiran pada himpunan  menunggu keputusan 
Mahkamah Persekutuan di  Istana Kehakiman, Putrajaya pagi tadi.

Pada awalnya Harakahdaily menyebut jumlah kehadiran pada perhimpunan itu 
adalah 800 orang... berita tersebut sempat di copy-paste oleh beberapa 
blog & portal pembangkang, contohnya DI SINI (KLIK) dan DI SINI (KLIK)

Tapi bila menyedari jumlah tersebut agak tidak logik, mereka telah mengubah 
menjadi 600 orang, seperti yang boleh kita lihat DI SINI (KLIK)

Hakikatnya, dari tinjauan krew PjO...tidak sampaipun 300 orang yang menyertai 
perhimpunan tersebut seperti yang dapat kita lihat dengan lebih jelas di blog 
foto LENSALOKA atau rakaman video di portal PUTRAJAYA-ONLINE (PjO).

Harakahdaily & penipuan 
ibarat irama & lagu!!

Sumber :- Blogger 1 Peluru

Wednesday, 18 July 2012

HARAKAHDAILY SELAMBA FITNAH BLOGGER MTK DAN DR. NOVANDRI..!!!



Ini artikel HARAKAHDAILY petik dari blog pencacai Pas Kedah. Link ke artikel ini  boleh dibaca di SINI. Namun Haramkah perlu bertanggung jawab keatas segala tulisannya kerana ia memetik dan meletakkan artikel terbabit di portalnya.

Artikel yang memburukkan nama Team Media Kedah kononnya di latih oleh APCO dan diselia oleh Dr. Novandri adalah satu artikel fitnah terbesar Pas Pusat dan Pas Kedah keatas kami. Mc sekalu Ketua Team Media Kedah berasa begitu terkejut dengan fitnah Harakahdaily keatas TMK.

SETERUSNYA.... KLIK  <  DI SINI  >

Monday, 25 June 2012

FITNAH DALAM HARAKAH : SPR BUAT LAPORAN POLIS


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap badan bebas itu yang disiarkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah (Bil.1750. 21-24 Rejab 1433/11-14 Jun 2012).
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ia juga bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akhbar itu menyiarkan laporan mengenai pengakuan Zulkifli Ismail yang mendakwa satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi dan mendakwa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.
Laporan itu turut memuatkan kononnya pada pilihan raya umum 2008, tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain.
Zulkifli turut menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi.
Selain itu SPR juga didakwa menggunakan nama pengundi yang telah dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi.
Zulkifli juga mendakwa daripada sumber maklumat yang diperolehnya, kad pengenalan (MyKad) palsu telah dibuat di sebuah kilang di Klang, Selangor dan cip dalam pengenalan itu adalah dari China. – BERNAMA

Saturday, 7 January 2012

GEMPAR!!! SKANDAL WARTAWAN HARAKAH...??!!!

Macam mana wartawan PAS ini membogelkan dirinya sendiri dengan memberikan jawapan bodoh.
Sila tonton video ini.......
  

Mungkin ada pembaca yang dah tengok video ini. MyMassa mohon video ini disebarkan dengan lebih luas.


***Zainulfaqar ni ingat dia sorang masuk universiti ke? Tanyalah mana-mana graduan atau bekas graduan (tanya kat yang habis belajar je, jangan tanya kat geng Mat Sabu (PAS), Jonah (PKR) dan lain-lain yang geng pembangkang tak habis mengaji), mahasiswa yang tak menggunakan study week sepenuhnya memang la golongan paling bodoh!!! Masa tu la nak buat study group dan cover mana-mana bab yang masih tertinggal.



< MyMassa>