Wednesday 26 June 2013

AL-FATIHAH : ADUN KUALA BESUT KEMBALI KE RAHMATULLAH


Adun Kuala Besut (BN), Dr A Rahman Mokhtar, 55,  meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.
Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa ini, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau dihimpunkan bersama roh orang-orang yang beriman.

No comments: