Thursday 3 January 2013

PERJALANAN TERAKHIR DATUK KANANG ANAK LANGKAU....



PERGINYA SEORANG PAHLAWAN NEGARA.....

Pada 21 April 1962 beliau merupakan Pengesan Jejak Iban (Iban Tracker) sebelum diserapkan ke Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Jawatan terakhirnya dalam ATM sebelum beliau bersara adalah sebagai Pegawai Waran 1 dan telah berkhidmat selama 21 tahun.

Beliau telah diiktiraf sebagai Pahlawan Negara kerana jasa dan perjuangannya terhadap ATM. Antara perjuangan beliau yang menjadi kebanggaan negara apabila berani menentang komunis ketika bersama ATM dari 1962 hingga 1963.

Difahamkan, mendiang Datuk Kanang Anak Langkau telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dari kediamannya di Kampung Sungai Apong selepas mengadu sakit dada pada jam 12 tengah malam dan disahkan meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 1.45 pagi ini

Mendiang akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghormatan itu bagi mengenang jasa Kanang yang telah banyak berkorban untuk negara terutama dalam memerangi pengganas komunis.

"Perdana Menteri telah mengarahkan saya supaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberikan penghormatan pahlawan negara kepada mendiang pada Ahad ini di Sarawak.

"Mendiang merupakan anggota tentera yang banyak berjasa dan beliau adalah satu-satunya anggota yang menerima kedua-dua pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di sini hari ini.

Mendiang telah menerima kedua-dua pingat itu pada 3 Jun 1981. 

Sebelum ini, mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, namun filem yang bertajuk ‘Kanang Anak Langkau’ itu belum sempat disiapkan. 

“Saya terkilan kerana filem tersebut belum sempat disiapkan. Bagaimanapun, saya akan meminta penerbit dan pengarah berkenaan agar menggunakan bahan-bahan penggambaran yang telah ada itu untuk disiapkan bagi dipertontonkan kepada khalayak umum.


No comments: