Saturday 21 February 2015

DR. HARUN DIN 'NAJIS UMNO DALAM PAS' ...???


Tulang Besi Malaysiawaves menuduh Datuk Dr Harun Din sebagai ‘najis UMNO dalam PAS’ sebagai justifikasi membantah beliau dilantik sebagai Muryidul Am PAS.


Menurut Tulang Besi, individu yang paling layak menjawat jawatan Muryidul Am PAS adalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau ahli-ahli PAS benar-benar mengangkat Haji Hadi ke taraf ulama, maka tiada lagi calon lain yang layak menjadi Mursyidul Am kecuali Ustaz Haji Hadi Awang.


Kalau tidak, maka mereka yang konon mendokong Presiden PAS ni hanya cakap sahaja.


“Adapun Harun Din memang tak layak menjadi Mursyidul Am kerana beliau adalah sebab utama najis UMNO masuk ke dalam PAS,”katanya.

Namun, kenyataan terbaharu Tulang Besi itu kontradik dengan kenyataan sebelumnya yang turut menuduh Hadi juga pro UMNO.Dalam satu tulisan di malaysiawaves.net semalam, Tulang Besi menyiarkan satu rakaman video dengan menuduh Hadi telah membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk berkerjasama dengan UMNO.

“Dalam rakaman program dalaman PAS yang saya dedahkan, Presiden PAS sudah pun menyatakan pendirian beliau.“Bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan UMNO sekalipun membelakangkan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat i.e dalam isu persempadanan.“Ia juga menjadi sebab Hadi menyebut isu hukum syariah dalam kenyataan pertama beliau selepas Anwar dipenjara,”kata Tulang Besi.

Dalam rakaman video yang disunting, Hadi dipetik berkata;

“…Tetapi kerjasama boleh berlaku. Boleh berlaku kerjasama. Kerjasama contohnya, untuk pecahan kawasan pilihanraya.Yang boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS.

“Ini boleh kita buat. Dinamakan ta’awun – ta’awun, sefahaman untuk tolong menolong menambahkan kerusi-kerusi PAS! Ini boleh kita kerjasama. Ada pula rakan kita tak mahu dapat 50. PAS dapat 10 kerusi cukuplah!

“Ada orang PAS yang macam tu! Kalau ada orang PAS macam tu, keluar PASlah! Kalau ada orang PAS macam itu!

“Ini, dengan sebab ada perbincangan.Dan di mana tahalluf ini fleksibel. Ada keanjalan dia. Kita tidak jumud. Kita tidak boleh dipaksa dalam tahalluf ini….

No comments: