Saturday, 21 February 2015

ANWAR CUBA MERASUAH PEGAWAI PENYIASAT UNTUK PALSUKAN KETERANGAN KES LIWAT ???



Pegawai penyiasat kes liwat II, Supritendan Judy Blacious Pereira (Jude Pereira) menolak tawaran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memalsukan keterangan berkaitan dengan kes tersebut.

Tawaran Anwar itu dibuat oleh orang perantaraannya, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Pengerusi MyWatch dalam pertemuan di kafe PJ Hilton, seminggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Perkara itu didedahkan oleh Raggie Jessy dalam artikelnya bertajuk “Jude : I Was Asked To Subvert The Trial” yang disiarkan Malaysia-today.net.

Raggie Jessy adalah seorang penulis yang mendapat sumber pertama daripada Jude Pereira di mana beliau (Jude) telah bersetuju pendedahan ini disiarkan.

Pertemuan Jude Dengan Sanjeevan

“Saya (Jude) bertemu Sanjeevan di kafe di PJ Hilton, dia (Sanjeevan) sedang duduk di sebuah meja dilihat sedang meneliti beberapa dokumen.

“Sebaik saya duduk dengannya, dia memberitahu saya bahawa dia sedang membantu Anwar untuk kempen PRU 13 dan menurutnya PKR akan pasti dapat memenangi PRU itu.

“Sanjeevan memaklumkan kepada saya yang pada ketika itu, Anwar sedang berkempen di Ipoh.

“Dia begitu berterus terang, dia meminta adakah saya boleh membuat satu kenyataan media bahawa memang wujud konspirasi dalam siasatan saya terhadap Anwar.

“Sanjeevan turut memberitahu saya bahawa saya akan dijaga dengan baik jika PKR menang,” kata Jude.

Jude berkata beliau tidak boleh membuat kenyataan sebagaimana yang diminta itu kerana siasatan beliau menunjukkan hasil sebaliknya iaitu tiada wujudnya sebarang konspirasi dalam kes tersebut.

“Kemudian, dia meminta saya hanya berkata ‘ada campurtangan kerajaan dalam siasatan’ yang mana (permintaan itu juga) turut saya tolak.

“Saya kemudian mencadangkan jika mereka mahu saya membantu, saya boleh memberikan kenyataan bahawa saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar,” kata Jude.

Ketika dalam pertemuan itu, Jude memberitahu Sanjeevan kemudiannya telah menghubungi Anwar dengan telefon bimbitnya.

Sanjeevan memaklumkan kepada Anwar bahawa ketika itu dia sedang bersama Jude.

Selepas itu, Sanjeevan memberikan telefon bimbitnya itu kepada Jude dan meminta beliau bercakap dengan Anwar.

“Saya hanya mengucapkan semoga Anwar berjaya dalam PRU-13 dan memaklumkan saya tidak boleh membuat kenyataan seperti yang dikehendakinya tetapi saya berkata saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat beliau.

“Anwar menjawab bahawa ia mencukupi untuk saya dengan hanya berkata sedemikian,” kata Jude.

Kemudian, Jude berkata Sanjeevan telah mencadangkan supaya beliau menulis sesuatu dalam kenyataan media yang boleh menyokong Anwar.

Sanjeevan juga berkata dia akan memanggil sidang akhbar pada sebelah pagi jika Jude bersetuju.

“Sanjeevan kemudiannya telah meminta saya supaya pergi ke sebuah hotel yang baharu di KL Sentral dan bertemu dengan seseorang yang akan menunjukkan kepada saya apa yang telah ditulis bagi pihak saya, untuk saya berikan kepada pihak pada keesokan harinya.

“Dia juga memberitahu saya, saya akan dijaga dengan baik di hotel berkenaan dan saya boleh bermalam di situ kerana semuanya sudah dibiayai.

“Oleh kerana ingin melihat sejauhmana perkara itu berlanjutan, saya telah bersetuju,” kata Jude.

Menurut Jude, apabila beliau tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 8 malam, beliau bertemu dengan seorang lelaki India Muslim yang berjanggut dan seorang lagi yang sedang duduk dekat dengan sebuah meja.

Jude berkata beliau telah memperkenalkan dirinya dan mengatakan beliau telah bertemu Sanjeevan sebelum diminta berjumpa dengan mereka.

“Lelaki berjanggut itu sudah pun menyiapkan rangka satu surat dan meminta saya membacanya, jika saya bersetuju mereka akan menghubungi pihak media pada keesokan paginya.

“Saya terkejut apabila membaca satu surat yang mengandungi kira-kira 100 patah perkataan yang mengatakan bahawa saya sebagai Pegawai Penyiasat (telah mengesahkan bahawa) Anwar sebenarnya tidak bersalah dan dia (Anwar) didakwa tanpa sebab yang kukuh serta bukti yang ada sengaja direka cipta terhadapnya,” jelas Jude

Jude berkata petikan itu membuatkan beliau dibodohkan dan memperjudikan integriti tugas beliau sebagai pegawai polis.

“Saya enggan memenuhi permintaan mereka dan terus beredar dari hotel berkenaan.

“Saya memandu pulang ke rumah saya di Ipoh pada malam yang sama, menyesali saya telah berjumpa dengan Sanjeevan dan kawan-kawannya, yang bertujuan untuk mengeksploitasi saya untuk tujuan mereka.

“Kemudian pada hari yang sama, Tan Sri Musa (Hassan) menghantar SMS kepada saya dan bertanya kepada saya bagaimana keputusan mesyuarat yang telah saya hadiri itu.

“Apabila saya memberitahunya apa yang terjadi itu, beliau telah menghantar SMS kepada saya dengan mengatakan bahawa saya telah lakukan perkara yang betul dalam menjaga integriti saya,”kata Jude.

Pertemuan Jude dan Tan Sri Musa Hassan

Menurut Jude, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ada menghubunginya kira-kira seminggu sebelum PRU-13 ketika beliau berada di rumahnya, di Ipoh.

Musa meminta Jude untuk menemuinya di rumah bekas Ketua Polis Negara itu di Jalan Gasing, Petaling Jaya, jika ada kelapangan.

“Sebelum saya menerima panggilan Musa, ada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sanjeevan, Pengerusi MyWatch menghubungi saya beberapa kali untuk berjumpanya di PJ Hilton.

“Ketika itu pukul 2.30 petang semasa saya bertemu dengan Musa di rumahnya, kami keluar untuk minum teh di Restoran Lotus yang berhampiran rumah beliau.

“Musa memberitahu saya bahawa beliau kini merupakan Penasihat kepada MyWatch yang mana Sanjeevan ialah Pengerusinya,”kata Jude.

Jude berkata Musa telah memaklumkan kepadanya bahawa Sanjeevan adalah individu yang berkait rapat dengan Anwar, di mana Anwar kini mahu bersahabat dengan bekas Ketua Polis itu.

Menurutnya, Musa bertanyakan secara terus kepadanya bahawa sebagai Pegawai Penyiasat kes liwat II, adakah wujud sebarang konspirasi dalam siasatannya itu.

Jude agak terkejut dengan pertanyaan Musa itu, kemudian memaklumkan bahawa Musa adalah Ketua Polis Negara pada masa itu dan beliau yakin Musa juga tahu bahawa tiada sebarang konspirasi terhadap Anwar sepanjang siasatan tersebut.

“Saya memberitahunya, kenyataan daripada saksi adalah bukti dan bukannya sebahagian daripada konspirasi.

“Musa berkata beliau berpuas hati dengan jawapan saya,” kata Jude.

Menurut Jude, Musa juga mengetahui berkenaan pertemuan beliau dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton selepas itu.

Musa dilaporkan Malaysiakini semalam telah mengesahkan bahawa beliau menemui Jude sebagaimana yang didedahkan Malaysia Today.

Katanya, beliau kemudian dimaklumkan bahawa Jude telah diminta untuk membuat satu kenyataan akhbar yang memihak kepada Anwar.

Bagaimanapun, Musa menafikan bertanya kepada Jude sama ada terdapat konspirasi dalam kes liwat Anwar seperti mana yang didedahkan Malaysia Today itu.

“Kita bercakap tentang masa dulu-dulu dan mengenai bagaimana Jude mahu menjadi seorang peguam. Saya juga memberitahunya yang Sanjeevan mahu bertemu dengannya,” kata Musa.

Musa berkata apabila Jude memberitahunya bahawa dia enggan berbuat demikian, beliau telah memuji pegawai polis atas pendiriannya itu.

Musa juga turut mendedahkan bahawa beliau telah berpisah dengan Sanjeevan kerana Pengerusi MyWatch itu terlalu terlibat dalam politik.

Katanya, beliau telah meminta Sanjeevan supaya berhenti dari politik dan memberi tumpuan kepada NGO, MyWatch.

Apabila Sanjeevan tidak berbuat demikian, kata Musa, beliau telah meninggalkan MyWatch.

Musa turut mengesahkan bahawa Sanjeevan rapat dengan Anwar.

Malaysiakini turut menghubungi Sanjeevan, namun bekas calon Aangkatan Muda Keadilan itu enggan memberi apa-apa komen terhadap isu tersebut. - AIDC

Post a Comment