Saturday, 21 February 2015

NASI LEMAK TETEK 'LARIS' DI MEDIA SOSIAL


Demi melariskan perniagaan kecil-kecilannya, seorang peniaga sanggup mencipta nama menu nasi lemak berunsur lucah. Dengan menggunakan nama 'Nasi Lemak Tetek' ianya menjadi laris dengan tiba-tiba di media sosial.  Tidak di ketahui dengan jelas di mana lokasi sebenar gerai ini, tetapi dipercayai berlaku di Malaysia. Namun, ada juga yang mendakwa gambar ini dari negara jiran.

Yang lebih 'melucahkan' nasi lemak ini ialah cara pembungkusannya.  Nasi lemak itu dibungkus dengan membentukkannya seolah-olah seperti payudara wanita, lengkap dengan benjolan kecil menyerupai 'puting' di atas nasi lemak. 


Strategi 'lucah' ini dilihat sangat menjijikkan dan seolah-olah menggambarkan peniaganya yang sangat terdesak untuk melariskan jualan sehingga sanggup menggunakan 'anggota' wanita demi meraih keuntungan dan populariti.

Post a Comment