Tuesday, 2 June 2015

AKHIRNYA.... ANWAR BERJAYA KELUAR DARI PENJARA SUNGAI BULUH !!!



SANDIWARA nye mengena lagi kali ini....

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh terpaksa ditempatkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini untuk menerima lawatan.

Dilaporkan Anwar terpaksa dipindahkan  susulan aduan daripada anggota keluarganya yang mahu Anwar segera diberikan rawatan kerana mengalami tekanan darah tidak menentu dan najis berdarah.

Selain itu, dilaporkan juga Anwar mengalami sakit di bahu kanan akibat kecederaan yang lama.

Menerusi Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu, selepas diperiksa doktor HKL, bekas ketua pembangkang itu terpaksa ditahan beberapa hari untuk pemerhatian doktor dan mendapatkan rawatan lanjut

"Beliau dibawa dari Penjara Sungai Buloh ke HKL untuk rawatan. Beliau kini di Wad 28," kata Fahmi.

Bagaimanapun perjalanan Anwar ke HKL tidak disenangi oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila Jabatan Penjara Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia melakukan kawalan ketat.

Wan Azizah menerusi melalui laman Facebooknya berkata, kawalan yang dikenakan kepada suaminya begitu ketat sekali.

"Kenderaan yang membawa DSAI sudah tiba di HKL dengan kawalan yang amat ketat," kata Wan Azizah dipetik dari laman Facebook miliknya. -Utaranews.com-

No comments: