Tuesday, 2 June 2015

INGAT DALAM PAS TU SUCI SANGAT KE ?????


Nampaknya calon Presiden PAS Ahmad Awang tidak akan dapat undi dari Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria.

Ini selepas Razman membuat kenyataan terbuka bahawa rekod menunjukkan bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu antara individu yang pernah ‘menghilangkan diri’ selepas Perak kembali diperintah BN.



Menurut beliau, Ahmad Awang belum mampu menandingi kredibiliti penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya mengetuai perjuangan parti.
“Tempoh 11 bulan pada masa itu kita memerintah tetapi tak nampak pun peranan atau track record dari sudut kepimpinan dimainkan Ahmad, bukan saja untuk Pas bahkan dalam PR pada masa itu di Perak.


“Apabila Perak jatuh semula kepada BN, beliau (Ahmad) menghilangkan diri,” katanya dipetik dari Sinar pada Selasa.

Beliau memberitahu, pengalaman Ahmad selaku bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun juga, tidak setanding dengan kehebatan Abdul Hadi yang merupakan Naib Ketua Ulama Dunia.

“Selain menjadi rujukan politik Islam seluruh dunia, beliau turut diberi penghormatan untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Timur Tengah dan Barat,” katanya.

Razman berkata, beliau turut tidak menolak kesediaan Ahmad bertanding jawatan presiden ada kaitan sokongan individu tertentu (tidak dinyatakan secara jelas) yang gagal menghuru-harakan parti.

“Mungkin terpengaruh dengan dakwaan bahawa PAS ingin bekerjasama dengan BN dan peletakan Ahmad selaku calon itu, kononnya bagi menghalang perkara tidak berasas itu dari berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Razman yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, mengulangi pendiriannya yang mahu Abdul Hadi kekal menerajui parti itu biar pun terdapat suara sumbang mahu mengetepikan kepimpinan ulama dalam PAS.

“Tiada kewajaran dan Islam juga menyebut selagi seseorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawab atas nama Islam, maka kita wajib menyokong dan mengikuti arahannya,” katanya.


Dah nama pun politik.... apa parti pun semua sama jer lah! Saling berebut jawatan.... saling sailang... orang ni tak undi orang tu...orang tu kempen untuk orang ni.  Korang ingat PAS tu suci sangat ke???

No comments: