Wednesday, 3 June 2015

JIKA KEYCHAIN NI TAK TERJATUH.. TAH TAHU PUN DALAMNYA ADA PALANG SALIB...!!!

2
PERLIS – Heboh di media sosial dengan penemuan tanda salib dalam keychain milik seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis, semalam.

Difahamkan, keychain itu dibekalkan oleh pihak KMP kepada pelajarnya.
Namun, keychain milik salah seorang pelajar terjatuh dan menyebabkan logo KMP tertanggal sehingga menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya menimbulkan tanda tanya para pelajar.
Pelajar terbabit kemudian merakam gambar keychain itu dan memuat naik di laman sosial yang kemudiannya disebarkan secara meluas sehingga menimbulkan kekecohan netizen khususnya umat Islam.
Memetik sumber dari sebuah blog [Disini] memberitahu, Ustaz Fakhrul dari Unit Pusat Institusi Mara (UPIM) tampil memberikan penjelasan.
“Pembekal sudah memaklumkan bahawa silang itu sebagai tapak untuk gam logo KMP. Walau bagaimanapun, semua keychain telah dipungut semula dan pembekal akan mengantikan dengan yang baru.
“Keychain KMP itu dibekalkan kepada pelajar sesi 2015/2016. Isu ini timbul apabila keychain pelajar terjatuh, pecah dan mendapati ada simbol berbentuk salib di bahagian belakang logo kolej. Isu ini telah diambil tindakan oleh pihak KMP.
“HEP telah mengambil langkah proaktif sejak Ahad 31 Mei 2015 untuk menarik semua keychain yang dibekalkan. Penggantian semula kepada pelajar akan dibuat,” katanya.
Dengan penjelasan ini, harap tiada lagi yang membuat spekulasi yang bukan-bukan. Jelas sekali KMP mahupun pembekal tiada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.
Seolah-olah disengajakan.. bila kantoi mereka dah standby dengan jawapan.... Adakah ini agenda Kristian ??? Apapun berhati-hatilah.....

No comments: