Thursday, 12 February 2015

AL-FATIHAH : PENGULAS SUKAN TERKENAL TANAHAIR, HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA

Post Pic

KUALA LUMPUR: Pengulas Sukan, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi ketika menerima rawatan di institut Jantung Negara (IJN).

 

Perkara itu disahkan Persatuan Penulis Sukan yang dipetik portal berita Bernama.
Hasbullah merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia.
Beliau kini bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 selepas berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. 
Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. 
Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. 
Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. 
Beliau juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kata seorang rakan facebook  :  Kehilangan seorang pengulas yang bersuara emas.. Ada kalanya tersasul namun dia lah yang terbaik di Malaysia belum ada yang mampu tandingi beliau.. Al Fatihah Dato Haji Hasbullah Awang.. Rakyat Malaysia pasti rindukan suara anda.

Post a Comment