Friday, 23 May 2014

CADBURY DAIRY MILK HAZEL NUT DIKESAN MENGANDUNGI DNA BABI ???!!!

Coklat Susu Dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milik dikesan mengandungi DNA Khinzir (Procine)..???




Sekeping gambar yang memaparkan salinan surat milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditandatangan oleh Pegawai Teknologi Makanan, Gred C44 dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan mendakwa terdapat DNA Khinzir dalam produk Cadbury. Produk yang dimaksudkan itu ialah Coklat Susu Dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milik dikesan mengandungi DNA Khinzir (Procine). 

Surat itu mula tersebat awal petang ini sebentar tadi di laman-laman sosial.  Surat yang bertarikh 27 Februari 2014 itu bagaimanapun tidak dapat disahkan benar berikutan terdapat kesilapan dalam ejaan CABBURY (sepatutunya ejaan  yang betul adalah CADBURY).

Sehingga ini, tiada sebarang maklum balas dari pihak Cadbury Malaysia. MyMediaHub


Post a Comment