Friday 23 May 2014

DI SIDANG MEDIA DYANA SETPOL LIM KIT SIANG TAPI DI KACA TELEVISYEN LIM KIT SIANG SETPOL DYANA - TAN TUAN TAT


KAJANG 23 Mei  :

Ahli-ahli DAP perlu berani melawan dan bangkit menentang kepimpinan sedia ada sekiranya wujud unsur-unsur penindasan melibatkan kuasa empayar besar di dalam parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat turut berkata, pencalonan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan didakwa menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti terutamanya di peringkat negeri Perak.

"Sangat jelas, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran telah menghantar 3 cadangan nama calon kepada pimpinan pusat. Namun sebagai penasihat DAP, kenapa meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud (sebagai calon)? Setidak-tidaknya hormat kepada kepimpinan yang ada di Perak.

"Ahli DAP perlu bangkit, jangan benarkan Dinasti Lim menindas.

"Apabila membenarkan Dyana sebagai calon DAP di Perak, ini bermakna terdapat cubaan seolah-olah mahu mengusir atau menafikan 'suara politik' Nga, Ngeh dan Kulasegaran.

"Jelas Kit Siang ada motif tersendiri apabila meletakkan Dyana di situ," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam masa sama, jelas Tuan Tat, status Dyana yang baru 'setahun jagung' menyertai DAP juga dipersoalkan. Bahkan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada LKS itu juga perlu diubah berikutan anak muda graduan UiTM itu yang terus 'dibayangi' kuasa LKS.

"Berapa lama beliau (Dyana) menyertai parti? Adakah Kit Siang dan Guan Eng sedar, lagi ramai pejuang dalam DAP yang betul-betul bertungkus lumus kepada parti. Boleh dikatakan dia mempergunakan ahli-ahli DAP.

"Ketika dihadapan media, Kit Siang mengatakan bahawa Dyana sebagai Setiausaha Politik beliau. Namun jelas kita dapat lihat di televisyen Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Dyana (bantu Dyana menjawab soalan daripada wartawan).

"Kit Siang perlu menghentikan hipokrasi ini," tegas beliau. RakyatNews

No comments: