Sunday 21 December 2014

TAN SRI ANI AROPE, BEKAS PENGERUSI EKSEKUTIF TNB, MENINGGAL DUNIA

tnaniarope

KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope, 83, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), dekat sini, jam 5.26 pagi ini (semalam).


Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam.

Allahyarham dilaporkan menghidap barah prostat sejak lebih dua tahun lalu, demikian menurut ahli keluarga dan rakan rapatnya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Islam (TNB) Jalan Bangsar, di sini, jam 9 pagi bagi membolehkan orang ramai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Beliau berkhidmat dengan TNB dari 1990 hingga 1996 dan sebelum itu dengan syarikat multinasional Guthrie.

Al-Fatihah....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau...

No comments: