Sunday 21 December 2014

DENDAM LIMA LELAKI IBLIS, BUNUH DAN SERET MAYAT WARGA EMAS


BIDOR – Sekumpulan lima lelaki termasuk tiga remaja layak digelar haiwan apabila bertindak kejam membelasah seorang wanita warga emas sehingga maut di sebuah rumah di Kampung Cegar di sini semalam sebelum mayatnya diseret sejauh 50 meter.


Mangsa, A. Kamalam (gambar), 79, ditemui di tepi sungai Kampung Cegar di sini oleh salah seorang anak angkatnya pada pukul 7.30 pagi.

Mayat mangsa dijumpai kira-kira 50 meter dari rumahnya. - Kosmo 21 Dis 2014

Berita penuh di myMetro 21 Dis 2014 :


Mayat Dalam Semak

Bidor: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki sebelum diseret sejauh 50 meter dan dicampak ke dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Cegar, Jalan Sungkai di sini semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, A Kamalam, 79, ditemui anak angkatnya di tepi sungai berdekatan kediaman wanita malang terbabit dalam keadaan separuh bogel.

Sumber berkata, anak angkat mangsa yang datang melawat terkejut dan menjerit apabila melihat tompokan darah di lantai rumah sebelum mencari mangsa di dalam rumah itu, namun gagal.

“Dia ternampak kesan seretan di lantai dan tanah di halaman rumah wanita itu lalu mengikut petunjuk terbabit sebelum menemui mayat mangsa dalam semak dengan keadaan berbaju tanpa seluar.

“Mangsa tinggal seorang di rumah itu dan kadang kala ditemani anak angkat lelaki,” katanya.

Menurutnya, wanita yang daif itu tidak mempunyai musuh, tetapi dikatakan sering diganggu kaki botol.

“Dia pernah berhajat membaik pulih rumahnya yang terbakar tahun lalu itu dan dikhabarkan peruntukan bantuan baik pulih rumahnya hanya diperoleh pada Februari tahun depan.

“Namun, hasratnya untuk melihat rumah baru tidak kesampaian kerana ajalnya sudah tiba,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata selain kesan luka teruk di belakang kepala dan bengkak di muka mangsa.

“Siasatan mendapati terdapat tompokan darah dan kesan mangsa diseret sebelum dicampak ke dalam semak 50 meter dari rumah mangsa. Wanita itu dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul oleh sekumpulan lima lelaki,” katanya.

Menurut beliau, empat lelaki dipercayai terbabit dengan kes bunuh berkenaan ditahan bagi membantu siasatan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments: