Sunday 21 December 2014

LELAKI TUNJUK KEMALUAN DI PASARAYA DI SUNGAI PETANI


SUNGAI PETANI – Kemunculan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an berdekatan sebuah pasaraya di Taman Patani Jaya mengejutkan orang ramai apabila dia menunjukkan kelakuan tidak senonoh.

Ahli Pertubuhan Keselamatan Sukarela Sungai Petani, Ong Bon Wee berkata, pihaknya menerima maklumat dari seorang mangsa, wanita berusia 20-an yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual lelaki berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku lebih kurang jam 7 malam apabila mangsa yang sedang berjalan kaki seorang diri menuju ke arah kenderaan miliknya dipanggil eorang lelaki.

“Secara tiba-tiba, lelaki berkenaan yang dilihat agak menjengkelkan cuba mendekati mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan tidak mengendahkan panggilan suspek terus berlari mendapatkan keretanya dan masuk ke dalam sebelum bergegas menutup pintu kenderaan miliknya.

“Difahamkan, suspek kemudian berdiri di balik sebatang pokok tidak jauh dari lokasi mangsa berada secara tiba-tiba dan terus bertindak membuka seluar bagi menayangkan kemaluannya,” katanya.

Tindakan itu dianggap keterlaluan dan menakutkan orang ramai terutama golongan wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya, selepas menerima aduan, pihaknya terus memantau lokasi kejadian namun tidak berjaya menjejakinya.

Justeru orang ramai yang terjumpa lelaki berkenaan diminta supaya segera beredar dan terus menghubungi pertubuhan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

No comments: