Hiasan
Mangsa, Indra Adam Mohd Azlim, 9, dikatakan bersama dua adiknya masing-masing berusia 5 tahun dan 18 bulan dalam bilik tempat bateri berkenaan dicas, sementara ibu mereka memasak di dapur.
Datuk mangsa, Ishak Dollah, 62, berkata, ketika kejadian terdengar letupan dari bilik berkenaan dan menyebabkan tangan mangsa berdarah.
Bagaimanapun, menurutnya, dua lagi cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur kerana tiada kejadian lebih buruk berlaku.
“Saya yakin letupan disebabkan caj elektrik sebab hanya ada barang mainan itu dalam bilik. Dia memang suka main helikopter yang dibelikan ayahnya.
“Lagipun, mereka baru pindah ke Seri Iskandar dua minggu lalu dan sekarang ayahnya di Sarawak bekerja,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang sebelum dirujuk ke Hospital manjung untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan mengenainya dijalankan.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment