Tuesday, 30 December 2014

SERPIHAN PESAWAT QZ8501 DITEMUI ???


Pengkalan Bun, Indonesia – Objek menyerupai pintu kecemasan pesawat dan pintu telah dikesan di dalam usaha mencari pesawat QZ8501 milik Air Asia Indonesia yang hilang dari radar beberapa hari lalu.


Pegawai tentera Udara Indonesia – Agus Dwi Putranto

” Kami telah mengesan kira-kira 10 objek yang besar dan banyak objek lebih kecil bewarna putih yang tidak dapat diambil gambarnya kata pegawai tentera Udara Indonesia Agus Dwi Putranto pada sidang akbar sebentar tadi. Kedudukan ini adalah 10 km dari lokasi pesawat yang dikesan oleh radar” ujarnya.

Antara objek yang dikesan di perairan tersebut

Seorang jurugambar AFP yang turut menyertai misi mencari itu mendakwa beliau telah melihat objek yang menyerupai rakit keselamtan, jaket keselamatan dan tiub panjang bewarna oren di lokasi berkenaan.

Pesawat mencari telah mengesan serpihan di kawasan  105 batu ( 169KM) dari Pangkalabun dan mereka telah menghantar helikopter unutk membuat siasatan yang lebih menyeluruh di kawasan tersebut.

10 serpihan kecil termasuk gelongsor kecemasan ditemui
Objek ini bukan objek biasa yang boleh dilihat di permukaan air laut kata Dwi Putranto dari MetroTV.
Sepihan yang terletak di kawasan antara  10 km Persegi ke 20 km persegi di sebelah timur dimana kedudukan pesawat itu dikesan buat kali terakhir.

Post a Comment