Wednesday, 31 December 2014

4 TERSELAMAT HELIKOPTER PDRM TERHEMPAS KETIKA MISI PENGHANTARAN MAKANAN MANGSA BANJIR KE KELANTAN

KUALA LUMPUR (Bernama) — Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat.
“Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.
Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah. — BERNAMA

Post a Comment