TUMPAT : "Gelap...saya rasa gelap, macam nak pitam," kata adik kepada Ahmad Affendi Abdul Manaf, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kisah abangnya yang menjadi pengebom berani mati di Syria yang tersiar dalam akhbar semalam.
Sebaik dimaklumkan wartawan, lelaki berusia lingkungan 20-an yang enggan dikenali itu hampir rebah kerana terkejut apabila dimaklumkan akhbar menyiarkan gambar abangnya yang meninggal dunia awal bulan lalu.
Bagaimanapun, dia kembali tenang selepas dipujuk wartawan.
"Saya terkejut apabila anda memberitahu gambar abang tersiar dalam akhbar, walaupun kami sekeluarga sudah mengetahui apa yang berlaku kepadanya sejak bulan lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Utusan Malaysia semalam menyiarkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan seorang lagi pengebom berani mati rakyat Malaysia telah maut di Syria.
Pengebom berani mati itu adalah Ahmad Affendi Manaff yang berusia 27 tahun.
Najib berkata, individu tersebut yang menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) berkemungkinan besar merupakan pengebom berani mati kedua dari Malaysia.
“Saya pernah menyebut (dalam Dewan Rakyat) seorang pengebom berani mati dari Malaysia telah menyebabkan 25 anggota askar Syria terbunuh. Saya tak sebut seorang lagi yang berkemungkinan besar rakyat Malaysia tetapi menggunakan nama samaran.
No comments:
Post a Comment