Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam berkata, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah diberikan bayaran kos sebanyak RM25,000, berjaya membuktikan kes terhadap defendan atas keseimbangan kebarangkalian.
Dalam reaksi segera di laman mikro Twitter beliau, Kit Siang menulis: ”Hurrah kepada Gobind Singh Deo atas kemenangan hebat terhadap politik bohong.”
September tahun lepas, Kit Siang memfailkan saman terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad kerana menuduhnya memanipulasi pengiraan undi ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012. - astroawani
No comments:
Post a Comment