Thursday, 30 October 2014

MAHUKAH RAKYAT MALAYSIA 'BER-PERDANA MENTERI-KAN' SEORANG HOMOSEKSUAL ???


Gambar Hiasan

Dalam pembicaraan kes liwat Anwar Ibrahim pada hari pertama - Peguam Bela Anwar sekali lagi mengulang hujah Karpal Singh dengan cuba membuktikan seks luar tabii itu berlaku suka sama suka. 

Kali ini mereka mempersoal Kewujudan KY Jelly Dalam Kes Liwat.

Jadi kesimpulannya mudah - Anwar Ibrahim terbukti memasukkan Kemaluannya ke dalam Lubang Dubur Mohd Saiful Bukhari!

Anwar Ibrahim telah melakukan Seks Luar Tabii.

Perbicaraan di Peringkat Mahkamah Persekutuan bukan perbicaraan menentukan samada seseorang itu  bersalah atau tidak.

Maka, sebarang soal balas tentang bahan bukti, kronologi peristiwa, alibi dan seumpamanya sudah selesai di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan pada kali ini perlu FOKUS  kepada samada mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ATAU  tambahan hukuman terhadap kesalahan.

Dalam ertikata yang lain, perbuatan MELIWAT sudah dibuktikan BERLAKU DAN DIPERSETUJUI  oleh Pendakwaraya, Peguambela dan Hakim-hakim  di peringkat Mahkamah-mahkamah  sebelumnya. Perbicaraan sekarang wajar memberi tumpuan kepada apakah hukuman perlu diKEKALkan  atau diTAMBAH. 

Sebelum ini pun setelah dibebaskan pada 9 Januari 2012, Anwar Ibrahim TIDAK PERNAH membuat permohonan kepada Mahkamah berhubung nota penghakiman yang menyatakan bahawa terdapatnya bukti kejadian liwat berlaku, sedangkan beliau boleh berbuat demikian.

Jabatan Kehakiman hari ini mengeluarkan penghakiman bertulis keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 7 Mac lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh telah menjatuhi hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar di atas kesalahan tersebut.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 dan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim.
Penghakiman bertulis itu boleh dibaca di link di bawah  : 

 http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf


Berikut adalah sedikit fakta berkaitan dengan Anwar Ibrahim & Perihal Homoseksual serta Liwat..

PERTAMA :

Manusia pertama di muka bumi ini yang menuduh Anwar Ibrahim adalah   seorang Homoseksual ialah Mendiang Karpal Singh. Tuduhan itu dilakukan dalam Persidangan Parlimen. Karpal Singh sebegitu bersungguh sungguh menuduh sehingga sanggup membawa Orang Kena Liwat masuk ke dalam Parlimen.

Perkara ini dicatat dalam Hansard Parlimen & Anwar Ibrahim tak pernah menjawab malah menafikan tuduhan Karpal Singh. Saman pun tiada.

KEDUA :

 Manusia kedua di muka bumi ini yang menuduh Anwar Ibrahim adalah seorang Kaki Liwat ialah Mat Sabu. Beliau menggelar Anwar Ibrahim dengan panggilan Pak Sheikh Anwar AL JUBURI!

Apabila ditanya apa itu Al Juburi - jawapannya adalah bermaksud Kaki Liwat!

Sekali lagi Anwar Ibrahim tak pernah menjawab malah menafikan tuduhan Mat Sabu. Malah Sangat Takut untuk menyaman.

KETIGA :

Dalam hujah pembelaan Kes Liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari - Mendiang Karpal Singh menyatakan Liwat berlaku atas SUKA SAMA SUKA.

Karpal Singh tak mampu menidakkan perlakuan Liwat kerana Air Mani Anwar Ibrahim terbukti berada dalam punggong Saiful Bukhari!

Kesimpulannya adalah Anwar Ibrahim adalah seorang Homoseksual. Tak perlu berbalah lagi hal ini & ia langsung tiada kaitan dengan UMNO mahupun Tun Mahathir.

Harap maklum fakta mudah ini.

*Mahukah anda ber'Perdana Menteri'kan seorang HOMOSEKSUAL?
Tak ambil pengajaran kah Kisah Kaum Nabi Lut AS di bumi Sadum?

No comments: