Tuesday 14 October 2014

KENAPA FILEM KISAH MONA FENDI BERJUDUL 'DUKUN' TIDAK PERNAH DITAYANGKAN ???



Selepas berkuburnya kisah bomoh wanita paling kejam Mona Fendi, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi.

Difahamkan filem Dukun itu telah siap pembikinannya pada tahun 2007 tetapi tidak mendapat kelulusan untuk tayangan. Mungkin terlalu banyak adegan ritual khurafat, syirik dan mistik  agaknya. Atau mungkin juga dikhuatiri akan mengganggu sensitiviti waris dan ahli keluarga....

Watak utama filem tersebut dilakokan oleh Umie Aida sebagai Mona Fendi. Pelakon hebat pasti lakonannya juga mantap. Pasti antara kita yang meminati filem-filem seram agak terkilan kerana tidak dapat menonton filem tersebut di pawagam...

Berikut dipaparkan video berdurasi 8:40 sebagai sebahagian 'sedutan' dari filem Dukun yang memang tidak  mengecewakan anda semua...




Untuk info.... ANDA mungkin tidak akan pernah melupakan kisah pembunuhan paling kejam dan trajis yang berlaku pada 13 Julai 1993. Mangsa pembunuhan yang bermotifkan wang itu adalah ADUN Batu Talam (Pahang) Datuk Mazlan Idris yang ketika itu berusia 49 tahun di mana mayatnya yang dikerat 18 telah ditemui ditanam dalam lubang yang permukaannya telah disimen di dalam sebuah stor berhampiran sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang.

Allahyarham telah dibunuh dengan kejam oleh pasangan suami isteri yang juga dikatakan sebagai bomoh peribadinya iaitu pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail (lebih dikenali sebagai Mona Fandi) serta dilakukan oleh pembantu mereka, Juraimi Husin. Ketiga-tiga mereka telah menjalani hukuman gantung hingga mati serentak pada 2 November 2001 di Penjara Kajang selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.



Allahyarham Datuk Mazlan Idris - berbaju biru


Relatives bury Mona Fandey

Mayat Mona Fandi dikebumikan...


... di sini ....

Sumber gambar dan cerita dari mr. google