Tuesday 14 October 2014

AL-FATIHAH : BAPA MENTERI BESAR PERAK MENINGGAL DUNIA

alt

IPOH 14 Okt - Bapa kepada Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir iaitu Abd Kadir Muhammad, 73, meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi (14/10/2014).
 
Allahyarham atau lebih dikenali sebagai Pak Karim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Desa Pangkor di Pulau Pangkor kerana serangan jantung.
 
Arwah meninggalkan tujuh orang anak, termasuk Datuk Seri Dr Zambry.
 
Arwah telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lalu.
 
Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.