Friday, 26 September 2014

SUKAN ASIA 2014 : TIDAK DIBENARKAN BERHIJAB, PASUKAN BOLA KERANJANG WANITA QATAR RELA TARIK DIRI


MENGALAH BUKAN BERERTI KALAH...... Demi menjaga maruah, pasukan bola keranjang wanita dari Qatar lebih rela menarik diri dari sukan berprestij Sukan Asia 2014 yang sedang berlangsung di Incheon, Korea, berikutan penganjur tidak membenarkan pemakaian hijab di kalangan peserta.


KOREA – Pemain bola keranjang wanita Qatar memilih berundur dan dinyatakan kalah ketika berdepan Mongolia dalam pertandingan fasa kumpulan bola keranjang Asian Games 2014 di Hwaseong Sports Complex, pada Rabu (24/9) berikutan mereka menolak membuka tudung yang dikenakan sebagaimana diperintahkan penganjur pertandingan.

“Pemain Qatar menolak untuk membuka hijab,” kata juru cakap Incheon Asian Games Organizing Committee (IAGOC) Anna Jihyun You kepada AP.

Sepuluh minit berlalu daripada jadual pertandingan jam 4:25 waktu setempat, Qatar dinyatakan kalah.
“Pasukan saya tidak akan mengikuti pertandingan bola keranjang pada Asian Games ini jika pemain tidak dibenarkan memakai hijab,” demikian kata Chef de mission kontinjen Qatar, Khalil al-Jabir.
Jurulatih Qatar mengaku sangat terkejut dengan keputusan ini.

“Kami mengharapkan para pemain kami tampil dengan hijab. Itu sebabnya kami di sini. Tidak ada seorang pun yang menyatakan hijab tidak dibenarkan dan kami masih menanti penjelasan.”

Mereka tidak terlalu memikirkan apakah akan bermain melawan Nepal pada Khamis (25 September).

“Qatar juga dijadualkan bermain menentang Kazakhstan pada Jumaat (26 September), dan Hong Kong sehari kemudian dan tidak banyak masa untuk kompromi kecuali Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) akan campur tangan.”

Anna Jihyun You mengatakan pertandingan yang berlangsung pada Rabu tidak menerima arahan apapun daripada FIBA perihal diperbolehkannya bertudung.

“Ia beralasan rasmi hanya mengikuti peraturan FIBA yang melarang menutup kepala, aksesori rambut, dan perhiasan.”

Ujar pihak mereka, peraturan ini direka awalnya untuk keselamatan pemain. Namun belakangan ditentang oleh pelbagai negara muslim dan penganut agama lain yang menggunakan tutup kepala sebagai sebahagian daripada ajaran agama.

“Organizing committee tidak terlibat dalam peraturan itu dan penganjur rasmi pertandingan tidak ada arahan langsung daripada FIBA berkaitan ini,” tegas You.

Peraturan sukan di Asian Games mengikuti persekutuan antarabangsa. Banyak yang membenarkan atlet memakai hijab di antaranya badminton, menembak, bola sepak, dan lainnnya.

Penganjur rasmi sukan Qatar, Ahlam Salem M. Al-Mana berkata keputusan berundur menjadi mesej bagi FIBA yang belum bersedia berbanding persekutuan sukan antarabangsa lain yang membenarkan atletnya mengenakan hijab.

“Kami perlu mengambil langkah ini. Biarkan persatuan antarabangsa (FIBA) menerima kami. Kami di sini untuk mendesak persatuan antarabangsa bahawa pasukan Muslim siap bersaing di semua pertandingan. Kami tahu mengenai larangan hijab, tapi kami harus berada di sini,” tegasnya.

Peraturan mengenai penutup kepala di bola keranjang menjadi perhatian apabila dua pemain Sikh daripada India diminta melepas serban semasa Piala Asia pada Julai lalu di China.

Awal bulan ini, Central Board FIBA mengatakan sedang melancarkan fasa percubaan selama dua tahun yang membenarkan pemain memakai penutup kepala.

Namun FIBA menjelaskan kenyataan itu dengan menyatakan bahawa Central Board hanya membenarkan pengecualian diperbolehkannya pemain menggunakan penutup kepala pada peringkat negara sahaja, kerana Asian Games merupakan event antarabangsa.

Untuk boleh mendapatkan pengecualian dalam pertandingan domestik, persekutuan bola keranjang sesebuah negara mesti memberitahu kepada FIBA bahawa mereka membenarkan pemain tampil dengan penutup kepala.

Selain itu harus ada laporan dua kali dalam setahun mengenai pertandingan atau kompetisi itu.

Justeru, FIBA akan menilai kaedah-kaedah itu semula tahun hadapan dan menentukan sama ada membenarkan penutup kepala pada beberapa pertandingan antarabangsa mulai musim panas akan datang.

Penilaian sepenuhnya akan berlangsung pada 2016 dan kemudiannya diputuskan sama ada peraturan ini menjadi kekal selepas Sukan Olimpik 2016.