Tuesday 4 February 2014

AWAS ! KOPIKO LA COFFEE DAN KOPIKO 3-IN-ONE MENGANDUNGI LEMAK BABI !


Info yang baru admin terima, mungkin anda telah mengetahui sebelumnya, KPDNKK telah mengesahkan bahawa kod  E 472 yang tetdapat di dalam kandungan Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 -in-one adalah lemak babi. 


Rujuk senarai kod di atas untuk anda  nenyemak kandungan bahan-bahan tersebut di dalsm lain- lain makanan dan minuman.



UPDATE :  Bagaimanapun, kepada para pembaca yang bijaksana, andai info ini meragukan, anda boleh merujuk kesahihan mengenai lemak babi yang terdapat dalam makanan di link yang diberikan seperti di dalam ruangan komen di bawah ini. 

5 comments:

Unknown said...

kod yang tertera di pek 3-in-1 Kopiko LA Coffee itu ada E472e, bukan E472.

rujuk di sini. http://www.muslimconsumergroup.com/e-numbers_list.html?panna=5

afiqah90 said...

Awas kopi mengandungi lemak babi?

Awas juga buat penulis artikel ini kerana menyebarkan fitnah.

Maaf kalau bahasa agak kasar. Cuma nak beritahu, kalau tak ada ilmu pun, sekurang-kurangnya buatlah pembacaan sedikit.

Kod E yang kononnya senarai kod lemak babi di atas tu ternyata salah. Tak tahu di mana anda mendapatkannya, tapi sepatutnya anda kaji terlebih dahulu. Fahami betul-betul apa itu kod E dan bukannya sesuka hati melabelkan semua kod E sebagai lemak babi.

LA Coffe disahkan halal oleh badan Islam di Indonesia yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh rujuk laman facebook JAKIM untuk maklumat lanjut. Kenyataan oleh JAKIM: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=691920184191887&set=a.170209816362929.52552.155056204544957&type=1&relevant_count=1

Geng Borak said...

Mohon penulis artikel berhati-hati apabila menulis. Etika berblogging. Sila rujuk kepada pihak berwajib supaya tidak mengelirukan orang Islam yang lain.

Azreen Assimini said...

boleh semak pautan² ni :-
http://www.diarymama.com/minum-kopiko-l-a-coffee-tanpa-was-was/

dan ni :

http://shakiddo.com/penjelasan-isu-kod-e472e-produk-kopiko-3-in-1-la-coffee/

Unknown said...

Jangan nak membabi buta