Anggota keselamatan pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Sandakan selepas wanita terbabit membuat laporan, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, wanita terbabit membuat laporan bahawa ketiga-tiga anggota terbabit merogolnya selepas mangsa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan suspek, kira-kira jam 1 pagi.
"Wanita itu mendakwa tidak dapat menunjukan dokumen apabila diminta oleh anggota pasukan keselamatan yang melakukan rondaan bersama itu dan kemudian dia dipaksa melakukan hubungan seks," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.
Gambar hiasan jer....