Monday, 8 September 2014

SIAPA ANCAM ROGOL NORA DANISH ???


PETALING JAYA : Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau Iucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk mer0gol pelakon itu secara beramai-ramai.

"R0gol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."



No comments: