Monday, 8 September 2014

DIPAKSA BERLAKON FILEM LUCAH UNTUK LUNASKAN HUTANG ........ PELAKON FILEM TAMIL NEKAD BUNUH SUAMI


SEORANG aktres naik berang sehingga membunuh suaminya yang memaksa dia untuk berlakon dalam filem lucah bagi menjelaskan hutang perniagaan, lapor Makkal Osai. Aktres Shruti Chandralekha,22, dari Bangalore ditahan kerana membunuh suaminya, Peter Prinzo,35.

Menurut akhbar tersebut, selain Chandralekha yang merupakan pelakon beberapa filem Tamil dan Kannada, polis turut menahan dua orang disyaki bersubahat dengan kes pembunuhan ini pada Januari lalu.


Mereka menanam mayat itu di Palayamkottai di daerah Tirunelveli. Dilaporkan bahawa Prinzo telah meminjam wang dengan kawannya untuk memulakan perniasaa secara online.

Bagaimana pun perniagaannya itu gagal dan dia berada dalam tekanan seterusnya memaksa Chandralekha berlakon dalam filem lucah. Pihak polis membuat tangkapan sejurus abang mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya, lapor mStar.

Post a Comment