Wednesday 13 August 2014

NAHAS #MH17 : FORENSIK KENAL PASTI MAYAT CALON PENSYARAH UKM

 

PAGOH 13 Ogos - Pakar forensik telah mengenalpasti identiti salah seorang daripada 16 mayat rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH17.


Mohd Ali Mohd Salim, 30, mayat pertama yang dikenalpasti yang berasal dari Kampung Jayor, di sini merupakan calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang Development Neuropsychopathology di Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda.

Bapa mangsa, Mohd Salim Sarmon, 65, berkata, dua pegawai MAS ke rumahnya Sabtu lalu bagi memaklumkan berita sedih itu.

"Dua pegawai MAS datang ke rumah kira-kira jam 8.30 malam untuk memaklumkan perkembangan mengenai anak saya dan mengesahkan jenazah anak saya sudah dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini.

Salim turut menjelaskan, pihak keluarga merancang untuk mengebumikan jenazah anaknya itu di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, di sini.

Akan tetapi, beliau berkata, pihak pengurusan MAS tidak menyatakan tarikh jenazah anaknya bakal dibawa pulang ke Malaysia.

"Pihak MAS akan memberi jaminan pihak mereka akan menyalurkan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa.

No comments: