Saturday 19 July 2014

TRAJEDI #MH17 : SENARAI RASMI MANGSA MENGIKUT KEWARGANEGARAAN


PETALING JAYA : Identiti kewarganegaraan semua penumpang yang berada di dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah disahkan.

Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, MAS berkata, mereka kini sedang bekerjasama rapat dengan kedutaan masing-masing bagi menyampaikan berita tersebut.

Senarai penumpang dan anak kapal mengikut kewarganegaraan adalah seperti berikut:

Belanda 192 (termasuk satu pasangan Belanda dan kewarganegaraan Amerika Syarikat )
Malaysia 44 (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia 27
Indonesia 12 (termasuk 1 bayi)
United Kingdom 10 (termasuk pasangan dari UK dan kewarganegaraan Afrika Selatan)
Jerman 4
Belgium 4
Filipina 3
Kanada 1
New Zealand 1


“Tumpuan kami sekarang ialah untuk bekerjasama pihak kecemasan serta pihak berkuasa dan menggerakkan sokongan penuh kepada keluarga mangsa.

“Fikiran dan doa kami bersama dengan semua penumpang yang terjejas dan anak-anak kapal serta ahli keluarga mereka.

“Syarikat penerbangan ini akan menyediakan maklumat dari masa ke semasa mengikut situasi,” jelas MAS.

Untuk maklumat lanjut, keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi +603 7884 1234 (Malaysia) atau 31703487770 (Belanda).


No comments: