Saturday, 19 July 2014

PERINTAH BERKURUNG DI KAWASAN ESSZONE


KOTA KINABALU: Perintah berkurung diisytiharkan di Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bermula pukul 6 petang Sabtu hingga 6 pagi Ahad.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tempoh yang akan berlanjutan hingga tidak melebihi 14 hari membabitkan enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Menurutnya yang membuat pengisytiharan itu pada pagi Sabtu, ia membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke jati Tawau di selatan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh perintah berkurung, tiada sebarang aktiviti termasuk menangkap ikan dibenarkan di kawasan terbabit. - mstar

Post a Comment