WASHINGTON : Pesawat Penerbangan Malaysia dengan 295 penumpang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine oleh peluru berpandu darat-ke-udara tetapi tidak pasti siapa yang melakukan tembakan itu, kata pegawai Amerika Syarikat.
Penganalisis perisikan sedang mengkaji data untuk menentukan sama ada senjata itu diluncurkan oleh pemisah pro-Moscow di Ukraine, pasukan tentera Russia di sempadan ataupun pasukan keselamatan Ukraine, kata dua pegawai AS.
“Kita sedang mengkaji semua analisis ini,” kata seorang pegawai.
Tetapi besar kemungkinan pesawat itu terkena peluru berpandu darat-ke-udara, kata pegawai berkenaan.
“Itu yang kami percaya,” katanya.- AFP
No comments:
Post a Comment