Satu video telah dikeluarkan di Youtube yang menunjukkan satu panggilan telah dipintas dari pemberontak Pro-Rusia di timur Ukraine.
Rakaman audio yang ditambah sarikata Bahasa Inggeris itu didakwa hasil daripada pintasan yang dilakukan oleh Ukrainian Security Service (SBU), yang kemudiannya dikeluarkan di laman web mereka.
![]() |
Lelaki ini dipercayali sebagai ketua militan Russia, Igor 'Bes' Bezler |
Ia mendakwa kumpulan militan yang diketuai oleh Igor “Bes” Bezler, menggunakan sistem peluru berpandu udara-pertahanan Rusia, menembak jatuh sebuah pesawat awam dikenal pasti sebagai Boeing 777 milik Malaysia Airlines.
Dalam rakaman itu, dua pemberontak boleh didengar bercakap tentang kapal terbang yang telah ditembak jatuh – yang pertama menganggap mereka adalah jet tentera. Namun apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai “Major” melaporkan kembali, dia tidak jelas apa jenis pesawat yang mereka serang. [Reuters]

No comments:
Post a Comment