Monday, 30 June 2014

KECEWA PROF REDZUAN TIADA DALAM SENARAI DEKAN, SAIFUDDIN ABDULLAH LETAK JAWATAN FELO PENYELIDIK KANAN UM



Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menyatakan bahawa beliau meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM atas prinsip kebebasan akademik dan juga sebagai solidariti bersama Prof. Dr. Redzuan.

Datuk Saifuddin terkenal sebagai seorang yang berhaluan kiri dalam UMNO yang kononnya memperjuangkan politik baru.

Namun, sejak akhir-akhir ini beliau dilihat lebih memperjuangkan isu-isu yang sama dengan pihak pembangkang terutamanya DAP.

Beliau dilihat sudah terpesong kerana meletakkan prinsip hak asasi manusia mengatasi prinsip Islam termasuk dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak kristian.

Atau dengan kata lain, politik baru yang diperjuangkan telah dicemari oleh prinsip hak asasi yang diciptakan oleh manusia untuk memuaskan nafsu manusia sendiri.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.
Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Post a Comment