KUALA LUMPUR 30 Jun - Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad ZAhid Hamidi berkenaan insiden penemuan kepala lembu di hadapan rumah ADUN Seri Delima RSN Rayer ternyata tidak disenangi DAP.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kini timbul persoalan samaada Zahid layak untuk menjawat jawatan menteri yang bertanggungjawab ke atas undang-undang dan badan eksekutif atau dari mana-mana jawatan dalam kabinet.
"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.
"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara,"
Sebelum ini, Zahid menyatakan kejadian kepala lembu tersebut adalah berikutan keceluparan Rayer sendiri dengan menyelar 'UMNO Celaka' ketika persidangan DUN Pulau Pinang.
Kenyataan Rayer turut mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutama kaum Melayu yang tidak dihiraukan oleh DAP.
Desakan keatas DAP bagi mengenakan tindakan terhadap Rayer juga tidak dilayan.
No comments:
Post a Comment