Monday 30 June 2014

AWAS !!! KOPI SEKS YANG ANDA MINUM !!!


MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal.

Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), www.pharmacy.gov.my.

"Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus kategori ubat tradisional dan 13 peratus merupakan kosmetik," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) Datuk Seri Prof Dr Saharuddin Awang Yahya.

Beliau berkata produk seperti Candy 193, minuman Catuaba dan Kopi Bagus AAA dikesan mengandungi bahan perangsang seks seperti Tadalafil, Sildenafil, Analog Sildenafil dan Analog Tadalafil yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung.

Katanya penggunaan racun terkawal Sibutramine yang digunakan untuk rawatan obesiti dalam minuman Slimina Slimming Coffee dan ubat tradisional Phytoshape pula boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Dr Ghazali berkata racun terkawal Tretinoin dan Hydroquinone yang dikesan dalam kandungan produk kosmetik seperti Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya dan RZAC White Pearl boleh mengakibatkan kulit kemerahan, ketidakselesaan dan kulit menjadi hipersensitif.

Beliau berkata bagi ubat tradisonal Penawar Sendi Tulang dan Reepo yang dikesan mengandungi racun terkawal Dexamethasone akan menyebabkan kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 435 produk yang mengandungi bahan terlarang membabitkan nilai RM119,828 telah dirampas dalam 223 pemeriksaan rutin dan 42 Ops Sedar yang dijalankan dari Januari hingga 31 Mei lepas di sekitar Melaka.

Saharuddin turut mencadangkan agar hukuman lebih berat termasuk denda yang tinggi perlu dikenakan terhadap penjual dan pengeluar produk berkenaan mengikut Akta Racun 1952. - 26 Jun 2014

Senarai produk yang ditemukan dalam blog:


Sumber gambar di sini.

No comments: