Monday 23 June 2014

ISU KALIMAH ALLAH : MUKTAMAD MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK PERMOHONAN GEREJA

KORUM Hakim Mahkamah Persekutuan yang membacakan Penghakiman, sebentar tadi...
ALHAMDULILLAH.... isu selesai....
Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan tolak guna perkataan Allah dalam The Herald. Maka, KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan tadi bermakna keputusan KDN larang The Herald guna perkataan Allah KEKAL.Gereja Katolik TAK BOLEH merayu lagi... MUKTAMAD.


Tujuh panel yang bersidang; empat hakim menolak permohonan Gereja; sementara 3 lagi hakim yang menyokong.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
menyampaikan penghakimannya mulai jam 9 pagi di kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya.

Selain Hakim Arifin, hakim-hakim terkemuka di negara ini akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.


Dalam senarai Hakim di atas ada tiga Hakim yang pro kepada Kristian kemungkinan merekalah yang menyokong.

Ibrahim Ali berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. Isu tersebut kini dianggap selepas dan tidak perlu diteruskan lagi.

“Kita akan meneruskan kehidupan harmonim,” katanya selepas diberitahu mengenai keputusan mahkamah.




Sementara itu beberapa komen penganut Agama Kristian di portal pro pembangkang tidak berpuashati terhadap keputusan ini dan ada yang mengugut akan membuat hal ekoran keputusan yang tidak memihak kepada mereka. SRO



Selepas selesai prosiding.... Keputusan adalah -  Menolak 4 : 3 Menyokong
Hakim Melayu 5  : 2 Kristian...
Siapakah Hakim Melayu Yang Sokong Puak Kristian?????

No comments: