Monday, 23 June 2014

INILAH 'BALAK' TERKINI NABILA HUDA


Dah macam suami isteri aje aku tengok. Dikatakan itulah kekasih baru Nabila Huda... Siapa yang tak kenal janda 'gedik' anak Amy Search ni yang memang terkenal sebagai seorang aktres sensasi yang sering berpakaian tak cukup benang...


Umum mengetahui tentang hubungan keluarga Nabila Huda dan Amy Search yang agak kurang baik pada masa ini.

Ini kerana selepas ditegur bapanya di laman sosial Instagram, keadaan menjadi semakin tegang apabila Nabila pula mengeluarkan komen di laman sosial Twitter miliknya.

Menerusi komen tersebut, Nabila telah meminta penjelasan daripada bapanya secara terbuka dan dengan beraninya mendakwa Amy telah merosakkan hidupnya lagi.

Tidak lama selepas itu Nabila memuat naik dua status yang memohon dirinya diberi ruang ‘bernafas’ kerana sedang bercuti setelah penat berlakon.


Episod tersebut bagaimanapun tidak habis di situ sahaja apabila ada pengguna laman sosial twitter yang sudah mula menyebarkan gambar Nabila dan kekasihnya.

Ada juga pengikut Nabila memberitahu lelaki tersebut pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, yang dipanggil ‘Bert’.  sumber


Serius aku cakap.... aku takkan tengok drama lakonan dia ni walaupun watak yang didokongnya adalah watak wanita solehah..!!!

No comments: