Monday 23 June 2014

BILA KALAH...... PADERI LAWRENCE TUDUH MAHKAMAH PERSEKUTUAN BERTINDAK KEJAM DAN NAFI HAK GOLONGAN MINORITI ???!!!


Macam tu lah.. Bila kalah mula lah keluarkan tuduhan yang bukan-bukan. Dah macam orang hilang akal !  Terima aje lah kekalahn... bukankah itu keputusan yang dilakukan di  dalam mahkamah ???  Takkan itupun pun tak faham !

 PUTRAJAYA 23 Jun- Paderi, Andrew Lawrence hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar The Herald.

Menurutnya, keputusan tersebut menggambarkan bahawa Mahkamah Persekutuan menafikan hak dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti.

"Kami berasa tersangat kecewa dengan pengadilan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

"4 daripada 7 orang hakim kes ini langsung tidak bercakap mengenai asas dan juga hak-hak golongan minoriti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka hanya berhujah sepertimana dalam mahkamah rayuan sebelum ini," katanya kepada pemberita di Istana Kehakimah, Putrajaya.

Lawrence ditemui di luar bilik Bicara 1 Mahkamah Persekutuan Putrajaya sejurus selepas keputusan rayuan penggunaan kalimah Allah ditolak.

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan tiga orang lagi hakim yang kononnya telah menyampaikan hujah secara terang dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tiga hakim yang bersetuju dengan permohonan rayuan ini bukan sahaja telah meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai suatu rujukan tertinggi malah mereka bercakap dengan jelas tentang semua hak yang patut diberi kepada golongan minoriti.

"Mereka telah menterjemah segala prosedur-prosedur mahkamah sebelum ini dan mereka menjumpai kelemahan mahkamah rayuan dalam membuat keputusan.

"Ianya suatu bentuk pengadilan. Mahkamah rayuan sepatutnya melihat kepada prosedur keputusan mahkamah tinggi namun ia telah pergi lebih dari tujuan itu dan membuat kenyataan umum yang ternyata menjejaskan maruah orang Kristian," ujarnya.

Mahkamah Persekutuan hari ini telah menolak rayuan Lawrence untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar The Herald dengan mendapat persetujuan empat daripada tujuh hakim yang mengadili kes tersebut.

Hakim yang menolak rayuan tersebut adalah Ketua Hakim Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar.

Manakala tiga hakim yang berpendapat sebaliknya adalah Ketua Hakim Mahkamah Sabah dan Sarawak Richard Malanjum serta dua hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali dan Jeffrey Tan Kok Wha. - rakyatnews

No comments: