KUALA LUMPUR :
Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan seorang hakim yang sabar dan jawatan itu amat sesuai dengan diri baginda, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
“Kami (para hakim) masih membaca dan merujuk kepada penghakiman dan keputusan dibuat baginda,” kata Arifin semasa dihubungi hari ini sambil berkata beliau berasa amat sedih dengan kemangkatan baginda.
Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari ini. Baginda berusia 86 tahun.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui Radio Television Malaysia (RTM).
Arifin, yang mempunyai pengalaman luas bekerja bersama-sama Sultan Azlan Shah sejak beliau menjadi pendaftar di Mahkamah Tinggi pada 1976, menyifatkan baginda seorang hakim yang sabar.
“Semasa Tuanku dilantik sebagai Sultan Perak, saya juga merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan saya berkhidmat kira-kira lima tahun dan apabila Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong, saya menerima surat pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi daripada baginda.

“Semua hakim dan peguam akan setuju bahawa baginda seorang hakim yang sabar dan benar-benar sesuai bagi jawatan itu (hakim). Saya benar-benar bangga pernah bekerja dengan baginda,” kata Arifin, dan menurutnya beliau pernah mengendalikan kes di hadapan Sultan Azlan Shah semasa beliau menjadi peguam persekutuan.
Sultan Azlan Shah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, merupakan hakim termuda dilantik dalam Komanwel, pada 1965 pada usia 37 tahun.
Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudiannya pada 1979, sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan yang dipegang baginda sehingga dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982 dan hakim termuda dilantik ke jawatan itu.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment