Wednesday, 28 May 2014

AL-FATIHAH... KEMANGKATAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK



Sembah takziah.
Dengan rasa sedih dan hibanya... dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-9. Semoga Allah menempatkan roh baginda di kalangan para anbia dan solihin.... 


Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry bin Hj Abd Kadir dalam pengumuman rasmi sebentar tadi turut mengumumkan bahawa bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang selama 100 hari mulai hari ini dan 7 hari di seluruh negara bagi bendera Malaysia, sebagai tanda berkabung.



Beliau turut mengumumkan, esok, 29hb Mei 2014 (Khamis) seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan, cuti umum.

Post a Comment