Wednesday, 28 May 2014

HADI AWANG YANG MUNAFIK ???!!!


Kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang turun padang membantu calon DAP berkempen untuk PRK Teluk Intan melayakkan dirinya dipanggil atau digelarkan sebagai seorang manusia yang munafik.


Untuk kefahaman, munafik bermaksud manusia yang berpura-pura iman, jujur atau setia mengenai isu agama, tetapi kebenarannya adalah tidak atau orang yang amalan dan hatinya bertentangan dengan apa yg diperkatakannya. Dalam kata yang paling mudah, munafik itu bermuka dua atau ‘ular kepala dua’.

Kita sedia maklum, Hadi Awang sebelum ini bermati-matian memperjuangkan matlamat PAS agar hukum Hudud di laksanakan di negara ini atas dasar mahukan Malaysia menjadi sebuah negara Islam secara totalnya. Sejak PRU-13 lagi, isu Hudud dijadikan sebagai isu utama untuk berkempen, selain ia jelas menampakkan isu Hudud sebagai tarikan meraih undi dari kaum Melayu yang beragama Islam.

Umum mengetahui juga untuk PRK Teluk Intan, calon yang diletakkan oleh DAP, Dyana Sofia mendapat pelbagai reaksi lebih-lebih lagi kaum Melayu kerana memikirkan semakin ramai pula orang Melayu dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan parti dan bangsa mereka sendiri. Dan, apabila munculnya Hadi Awang menyokong Dyana Sofia, ia menambahkan lagi pendapat semakin teruknya pemikiran kaum Melayu di mana rela meletakkan maruah orang Melayu di bawah parti yang bersifat rasis ini.

Isu Hadi Awang menyokong Dyana Sofia menjadi calon DAP untuk PRK Teluk Intan memanglah merupakan isu penting bila mana ia dilihat sebagai menyokong agenda DAP mahukan kaum Melayu berpecah-belah selain Dyana secara terang menolak perlaksanaan Hudud.

Namun, apa yang menjadi perkara utama di sini adalah di mana pendirian utama Hadi Awang bersabit isu agama Islam yang selama ini beliau perjuangkan memandangkan dirinya adalah orang yang berkuasa dan paling penting dalam parti Islam di Malaysia ini.

Dari masa ke semasa, dulu hingga kini, PAS begitu ‘galak’ memperjuangkan isu Hudud sampaikan menuduh parti UMNO dan BN bukanlah parti yang mengamalkan ajaran Islam sebenar. Apabila adanya satu usaha tidak mahu Hudud dilaksanakan di Malaysia, PAS adalah parti yang berada di barisan hadapan yang berdegil mahukan Hudud tetap dilangsungkan. Disebabkan itulah PAS sendiri menjatuhkan hukum kepada sesiapa yang menolak ajaran sebenar Islam, ia disifatkan sebagai ‘kafir’.

Tidak dinafikan, isu Hudud yang diperjuangkan dalam PAS menyebabkan kepimpinan PAS semakin lama semakin goyah atas kerana tidak sependapat dengan hukum ini. Makanya, hilang sudah kebolehan dan keterampilan PAS sebagai parti yang mampu untuk memerintah negara menjadi sebuah negara yang undang-undangnya berasaskan syariat serta hukum Islam.

Justeru, dalam PRK Teluk Intan ini, apabila DAP menampilkan calon berbangsa Melayu dan beragama Islam, dari sudut yang lain, Hadi Awang melihat ia sebagai satu platform atau cara untuk menyerlahkan kembali sinaran parti PAS dan meletakkan Hudud pada perkara yang paling belakang. Begitu mudah bagi Hadi Awang untuk berubah dan memutarkan kata-katanya.

Di dalam rencana yang ditulis oleh Hadi Awang sendiri dalam Harakahdaily mengenai isu Hudud, bertajuk ‘Laksana Syariat, Ikhlas Urusan Allah SWT’, Hadi Awang menerangkan, semua umat Islam wajib untuk menerima dan melaksanakan syariat Islam tanpa menuding jari atau menuduh pihak yang mahu memperjuangkan Islam.

Malah, Hadi Awang menyatakan lagi, wajib buat umat Islam termasuk dirinya untuk memberikan penjelasan dan kefahaman yang sempurna mengenai Hudud memandangkan katanya, pelbagai pihak sudah salah faham mengenai hukum ini serta, keliru terhadap hukum Allah Yang Maha Adil dan Bijaksana. Ini menjelaskan, dari rencana hasil nukilan Hadi Awang, beliau adalah seorang yang amat ‘agresif’ memperjuangkan Hudud kerana telah menyebarkan hukum hudud melalui penulisannya yang terkandung ayat-ayat Al-Quran serta firman Allah S.W.T sebagai dalil dan bukti utama mengapa perlunya Hudud di Malaysia.

Namun, pendirian Hadi Awang itu tidak kekal lama sebenarnya. Dalam sekelip mata, beliau menukar 360 darjah pendirian yang selama ini dikekalkan iaitu mahu menegakkan agama Islam. Meraih undi kaum Melayu untuk pembangkang menjadi agenda utama buat Hadi Awang supaya kekal berkuasa dan menjadi pemimpin. Dirinya juga sudah tidak ikhlas memperjuangkan agama Islam seperti apa yang ditonjolkan sebelum ini.

Dengan slogan yang dilancarkan, ‘PAS For All, Undi Dyana’ menyerlahkan siapa diri Hadi Awang yang sebenar. Tengok sahaja pada isu Kalimah Allah yang menggadaikan nama Allah kepada kaum kafir, munafiknya diri Hadi Awang itu terbawa hingga ke PRK Teluk Intan.

Petikan MyKMU

No comments: