Tuesday 22 April 2014

REBECCA 'TELETUBBIES' NUR ISLAM TERKILAN PENYEBAR GAMBARNYA TETAPI TIDAK FESYEN YANG DIPAKAINYA !!!

Rebecca dengan pakaian sendat berwarna pink yang menampakkan semua sudut, lekuk dan bonjol di seluruh tubuhnya.....

Semalam, nama Rebecca Nur Al-Islam hangat diperkatakan orang ramai selepas beberapa keping gambarnya dalam keadaan berpakaian busana merah ketat menyerupai watak kartun Teletubbies telah tersebar di internet.


Memandangkan kesemua gambar tersebut diambil dalam laman Instagram milik pelakon itu yang sudah diprivatekan, maka Rebecca menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh salah seorang pengikutnya yang tidak bertanggungjawab.


Dalam respon aktres berusia 32 tahun itu menerusi akaun Instagramnya hari ini, dia turut menyatakan kekesalan akibat dimalukan. Oleh itu, Rabecca menyamakan penyebar itu sebagai pembunuh senyap-senyap atau SILENT KILLER. Sumber


Kalau pakaian yang dipakai tu 'senonoh' dan tidak pelik bagi mereka yang menutup aurat, sudah pasti Rebecca tidak perlu berasa malu jika gambar tersebut disebarkan? RAHSIA MENJADI TIDAK RAHSIA APABILA LEBIH DARI SEORANG TELAH MENGETAHUINYA......................... 



No comments: