Tuesday 22 April 2014

MALANG TIDAK BERBAU : BUDAK LELAKI KEJAR BAS SEKOLAH, TERJATUH DAN BESI TERTUSUK MULUT TEMBUS KE PIPI !!!


Seorang murid lelaki tahun empat tertikam sebatang besi semasa bermain dengan rakan-rakannya di luar sebuah sekolah di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, satu laporan polis diterima mengenai insiden yang berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari Isnin itu.

"Budak berusia 10 tahun itu sedang bermain kejar mengejar apabila salah seorang daripada mereka terpijak besi berkenaan yang menyebabkan ia menikam pipi kanan mangsa," katanya.



No comments: