Tuesday, 22 April 2014

ROMBAKAN KABINET... SIAPA BAKAL TERSINGKIR ???


Besar kemungkinan akan ada rombakan kabinet dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang hangat dipersoalkan adalah..... BILA???? .

Mungkinkah 6 Mei ini iaitu setelah genap setahun BN kembali berkuasa selepas PRU13?

Jika ikut sifir politik apa yang terbentang di depan mata sekarang memang ada beberapa kekosongan dalam pentadbiran perlu diisi.

Untuk jawatan di Pusat misalnya, wujud kekosongan di Jabatan Perdana Menteri selepas Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri awal Febuari lalu.

Selain itu, selain itu, menteri yang jaga tranformasi ekonomi, Datuk Seri Idris Jala juga perlu melepaskan jawatan tersebut.

Ini kerana penggal beliau sebagai senator yang melayakkan beliau menjadi menteri akan berakhir pada September 2015.

Beliau genap enam tahun atau dua penggal selepas kali pertama mengangkat sumpah sebagai senator dan menteri pada September 2009.

Selain itu, tuntutan parti komponen BN Sarawak, yang mahu membuat pertukaran terhadap 'wakil-wakil' mereka juga perlu diambil kira oleh Perdana Menteri dalam rombakan kali ini.

Itu belum masuk bab mengembalikan semula wakil MCA ke kabinet selepas mesyuarat agung luarbiasa parti itu luluskan usul nak terima balik jawatan dalam kerajaan.

Sebelum ini kepimpinan lalu bawah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan tidak mahu terima jawatan berikutan prestasi parti itu yang buruk semasa PRU13.

Spekulasi mengatakan MCA mungkin diperuntukkan satu menteri dan tiga timbalan menteri.

Ini kurang daripada biasa dimana parti tersebut dulu mempunyai empat menteri dan tujuh timbalan menteri.

Pada Isnin, Naib Presiden MCA yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong bersama Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon angkat sumpah sebagai senator.

Jika ikut rangking dalam parti, ini bukan senator biasa, ini lantikan untuk membolehkan dua pemimpin MCA ini ke kabinet jika ada rombakan.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula kata beliau sedia menerima apa sahaja keputusan Perdana Menteri berhubung kedudukannya.

Ini berikutan desas-desus beliau antara Menteri Besar yang akan ditukar dalam rombakan tidak lama lagi.

Menurut Mohamad, kedudukan dan pelantikan seseorang menteri besar berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Sebagai seorang yang bekerja (berkhidmat), bertukar porfolio ini adalah sesuatu yang biasa....lumrah alam. Lumrah dalam kita bekerja. Kita menjalankan tugas di mana apabila kita dikehendaki bertukar atau pun disuruh untuk bersara, kita menerima dengan dada yang lapang....usah menangis-nangis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar Mingguan pada Ahad berhubung ura-ura dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi.

"Jadi, kalau perdana menteri rasakan sudah sampai masanya menteri besar A dan menteri besar B, perlu diganti, maka itu terpulang kepada beliau," kata Mohamad.

Dalam pojok Bisik-bisik Awang Selamat itu, editor berkenaan menulis... "Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.

"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus.

"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu,".

UMNO kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, ketua menteri UMNO turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.

Post a Comment