Saturday 26 April 2014

GAMBAR-GAMBAR MENARIK LAWATAN BARRACK OBAMA DI MALAYSIA


SEBELUM Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Subang agen perkhidmatan rahsia AS mengawal ketat  Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.


Selamat datang Presiden Barack Obama ke Malaysia hari ini. Pesawat 'Air Force One' yang membawa Presiden Amerika Syarikat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Di Raja Subang pada pukul 4.50 petang. Kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia ialah pada tahun 1966 iaitu 48 tahun yang lalu. Presiden Barack Obama hadir majlis sambutan rasmi di Dataran Parlimen sempena lawatan negara tiga hari ke Malaysia sejurus selepas mendarat.









































Kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia ialah pada tahun 1966 iaitu 48 tahun yang lalu. Presiden Barack Obama hadir majlis sambutan rasmi di Dataran Parlimen sempena lawatan negara tiga hari ke Malaysia sejurus selepas mendarat.

Kunjungan Obama adalah yang kedua bagi Presiden AS selepas Presiden Lyndon B Johnson mengunjungi negara ini pada tahun 1966.

Malam ini, presiden dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan menghadiri jamuan negara di Istana Negara.

Ahad, Obama akan mengadakan perbincangan dengan Najib di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya sebelum ke Cyberjaya yang terletak berdekatan untuk majlis pelancaran Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) yang akan menyediakan platform untuk usahawan melebarkan sayap mereka.

Atur cara lawatan Obama termasuk sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari seluruh Asia Tenggara dan melawat Masjid Negara.

No comments: