Sunday 27 April 2014

NGO ISLAM SAMBUT DINGIN PERTEMUAN DENGAN OBAMA


Semasa lawatan tiga hari beliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad. Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan. 


Antara yang dilaporkan akan bertemu Obama adalah:

1. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam. 

2.  Peguam Anwar Ibrahim Ambiga Sreenevasan, 

3.  Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah Pro-Pembangkang 

4.   Presiden Majlis Peguam Malaysia Chris Leong dan ahli majlis Honey Tan Pro-Pembangkang

5.  Pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez Pro-Pembangkang

6.  Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa Islam liberal dan pro-Anwar Ibrahim

7. Majlis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr Herman Shastri.

Dimana NGO Islam yang lain?

Obama dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan melancarkan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) esok.

Beliau dijangka berlepas ke Filipina pada Isnin. - SRO

No comments: